Alhamdulillah..penulisan ini menunjukkan aku dapat menyambut Ramadan yang seterusnya..bulan yang penuh mulia di sisi islam..banyak perkara yang baik dapat dilakukan pada bulan Ramadan yang mana ganjarannya berlipat kali ganda berbanding bulan lain dalam setiap ibadah dilakukan..perkara yang paling utama dalam bulan Ramadan adalah berpuasa selama sebulan..menahan segala yang ditegah tuhan dari terbit fajar hingga terbenam matahari..terutama sekali bab menahan dari mentekedarah dan dahaga..
Pada zaman kanak-kanak, menunggu azan maghrib merupakan suatu detik yang sangat dinantikan..menandakan waktu sudah boleh makan setelah seharian menahan lapar dan dahaga..segelas air di tangan sedia diteguk dengan rakus..semua benda atas meja kalau boleh nak makan..kurma pula yang menjadi pencuci mulut utama pada waktu berbuka sudah berada di pinggir bibir sedia untuk dikunyah..ada macam-macam lagi yang terhidang di atas meja..dari makanan yang tak pernah nampak sampai la ke makanan yang paling digemari..cendol la..air cincau satu jag, ayam percik seperiuk, tahu bakar, murtabak daging satu dulang , roti john satu kedai, ayam masak kari sekawah ..pulut panggang..air katira..dah macam nak makan 10 orang punyer lauk padahal makan ber dua atau tiga jer..masa makan die punyer selera kalah naga yang lapar..tapi bila dah penuh perut nak mengengsot pon payah..rasa bahagia je sementara..tapi sayang bila juadah berbuka masih banyak tertinggal di atas meja..ada juga yang secubit pon tak disentuh..sangat membazir..
Bukan kanak-kanak jer..malah orang dewasa juga turut kecelaruan dalam memilih juadah untuk berbuka..kat bazaar mesti penuh punye lah dengan orang yang nak beli juadah berbuka..selera makan didorong dengan hormon kelaparan menjadikan kelenjar air liur seperti mahu merembes kesemua air liur yang ada..kambing golek..rusa masak kicap..landak masak asam pedas..arnab goreng..benda-benda ni klo ada jual diorang pon beli jugak agak nyer..sifat berjimat yang berjaya dipupuk sebelum ni mungkin tidak dapat dibendung lagi dengan membeli macam-macam untuk berbuka yang tidak di praktikkan pada bulan lain..aku pon kengkadang meliar jugak mata tengok pilihan juadah berbuka kalau pergi bazaar ni..
Tak salah nak pilih juadah berbuka yang beraneka..pilih la mana suka..tapi jangan la sampai berlebih-lebihan..makan ikut mana yang perlu, mana yang larat..beli banyak-banyak, nanti yang tak habis tu ke tong sampah jugak pergi nya..tercalar sedikit tentang perkara baik yang dihadapi sejak awal pagi hingga ke waktu maghrib tapi bila berbuka jer membazir..tak ke tak patut tu..tak pon buat je makanan lebihan tadi untuk lauk waktu sahur..berpuasa secara tak langsung mengajar kita tentang erti kelaparan yang dihadapi oleh mereka yang tak cukup makanan di sesetengah tempat..masa kecik-kecik, motivasi ini diajar ibu semasa mengajar aku berpuasa disamping motivasi duit raya..
Apakah erti kelaparan sementara dapat mengajar kita tentang nasib mereka yang tidak mendapat sumber makanan mencukupi..mengalami kebuluran akibat hasil pertanian yang tidak menjadi..hujan tidak turun berbulan-bulan menjadikan tanah semakin gersang dan haiwan ternakan mula tidak terurus..kurus kering..keadaan kekurangan nutrisi biasa di alami oleh anak-anaknya kecil yang menyusut tubuhnya saban hari..bagi yang tidak mampu menanggung derita, ajal menanti dengan tubuh kurus cekung..begitulah nasib yang di alami di sesetengah negara di Afrika khususnya termasuklah Burundi..
Bendera Burundi |
Burundi merupakan antara 1 dari 5 negara yang termiskin di dunia..ini disebabkan sistem perundangan yang teruk, kekeraangan kebebasan ekonomi, rupa bentuk muka bumi, kekurangan akses pendidikan dan penularan jangkitan HIV..dianggarkan 80% penduduk di Burundi hidup dalam kemiskinan..kebuluran dan kekurangan makanan sudah sekian lama menjadi ancaman kepada penduduk Burundi..mengikut statistik Program Makanan Sedunia..56% kanak-kanak bawah umur 5 tahun menderita kekurangan nutrisi yang kronik..satu kajian saintifik yang dilakukan dari 178 buah negara mendapati Burundi menduduki tempat terakhir dari kadar kepuasan hidup di sesuatu tempat..akibat kemiskinan, Burundi sentiasa menerima bantuan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan NGO lain yang terlibat..
Peta Burundi |
Negara miskin ini terletak di timur Afrika..dikelilingi oleh beberapa negara seperti Rwanda, Tanzania dan Democratic Republic of the Congo..terdapat sebuah tasik besar (Tasik Tanganyika) terletak di timur laut Burundi bersempadan dengan DR Congo..ibu negara bagi Burundi ialah Bujumbura juga terletak berhampiran tasik ini..keluasan Burundi kira-kira 27 834 km2..secara perbandingan hampir sama dengan keluasan gabungan negeri Johor dan Selangor..juga antara negara yang terkecil di Afrika..penduduknya pula seramai 8 juta orang (2008)..
Tasik Tanganyika |
Dalam kemiskinan negaranya, pertanian masih menjadi nadi ekonomi yang terpenting yang menyumbang 58% hasil pendapatan negara..antara tanamannya seperti kopi, kapas, teh dan jagung..sumber hasil bumi seperti uranium, nikel, kuprum dan kobalt juga terdapat di sini..Puak Hutu merupakan puak majoriti di Burundi di mana terdiri dari 85% jumlah penduduk..selebihnya dari puak Tutsi dan Twa..bahasa Perancis anatara bahasa rasmi di neragara ini..selain ibu negara..anatara bandar besar yang terdapat di Burundi seperti Makamba, Muyinga dan Bururi..majoriti penduduk Burundi adalah beragama Kristian (75%), agama tradisi (20%) dan selebihnya beragama islam (5%)..dalam 5% penduduk beragama islam, pasti cara sambutan Ramdan di sana jauh berbeza dengan di negara kita..
Kehidupan masyarakat Burundi |
Kini sudah memasuki Ramadan ke empat..berbuka semasa bekerja memang pelik..tapi itulah yang aku hadapi sekarang..hikmahnya aku tak menyempat nak pergi bazaar..hu19..ntah macam mana masyarakat tempat lain menyambut bulan puasa dalam serba kekurangan..kelaparan dan peperangan yang tidak dirasai di negara kita..moga Ramadan kali ini dapat di manfaatkan oleh kita sebaiknya dalam meningkatkan amalan..jangan lupa bersyukur atas limpahan rezeki diberikan kepada kita selama ini..tak lupa juga agar amalan ini dapat diteruskan ke bulan-bulan lain dari Shawal ke Syaaban..harap-haraplah..
p/s: Makan jangan banyak sangat nanti berat nak pergi terawih..macam aku..ho19
No comments:
Post a Comment