Lumrah Kehidupan Manusia Yang Tidak Menghargai Sesuatu Perkara Sehingga Ia Kehilangannya
Ungkapan yang menghantui pemikiran bila sesuatu perkara yang sudah hilang atau berlalu pergi cuba dimiliki semula atau kekalkan bersama kita..dalam kewujudan nya sebelum itu, mungkin tidak nampak apa pengaruhnya terhadap kita selama ini..mudah melupakannya dan sering kali menggunakkannya hanya bila perlu..dalam kewujudannya juga kita mungkin cuba mencari pengganti yang di rasa lebih baik sedangkan apa yang ada sudah sedia ada membuat hidup kita ceria..ketabahan nya menanti seiring detik waktu masih juga tidak mampu membuatkan kita untuk menghargainya..kita terus menyangka yang hadirnya akan terus kekal bersama kita sentiasa walaupun sering mengabaikannya..namun hari tak selalunya cerah..sampai masanya ia akan berlalu pergi tapi disedari..atau saat pemergiannya juga masih belum ada tanda menghargainya..takkala masa terus berganti masa..mula terasa kejanggalan dalam hidup kita..kehilangannya sedikit sebanyak mula di rasai..baru lah kita cuba mahu menghargainya betapa pentingnya ia sebelum..namun segalanya sudah terlambat..dan adakah kita rasa hidup akan mempunyai dua kitar hidup yang sama..
Oleh itu hargai lah sesuatu perkara sebelum kita kehilangannya..seperti menghargai koleksi buku One Piece..dah baca jangan lah campak sepah-sepah..bila dah bosan balik mula la cari balik buku yang letak kat mana.bila dah jumpa campak lagi ntah mana-mana..lepas tu kena simpan pula dalam stor..berhabuk dan mula dimamah gegat..last-last kena buang kat tong sampah sebab dah lapuk..dah lama kemudian terasa macam nak baca balik buku tu..sedar-sedar dah takde..baru terasa sebab tak jaga betul-betul koleksi buku One Piece..ish ish ish..cube kalau dah baca tu simpan elok-elok dalam rak buku atau peti besi..letak sekali ubat gegat untuk pastikan buku tahan lama..tapi takpe..koleksi buku masih boleh cari walaupun susah nak jumpa..masih boleh dimiliki walaupun sudah kehilangannya..
Bagaimana pula kalau berkaitan dengan manusia..dalam persahabatan khususnya..jika berlaku kehilangan, adakah kita boleh membelinya semula dan menyuruhnya memainkan semula peranannya dalam hayat kita seperti sebelum kehilangannya..masakan ia boleh berlaku..pelakon yang merangkul anugerah bintang popular pon tidak dapat melakukannya..adakah kita benar-benar hargai orang di sekililing kita..dan bagaimana pula kita menghargainya..sebelum masa mengubah segala-galanya, kita patut hargai saat-saat bersama..
Tapi bukan semua benda harus di buat bersama-sama..tak muat der nak cangkung berdua kat jamban..sanggup ke..ha19..ada cara yang relevan untuk menghargai persahabatan..dalam bersama-sama, ada negara terbentuk bersama-sama dan nama negara terbentuk dari dua pulau utama..Trinidad And Tobago..mungkin korang kurang kenali tentang negara kecil ini..
Bendera Trinidad and Tobago |
Peta Trinidad and Tobago |
Pada asalnya negara ini dihuni masyarakat pribumi Amerindian namun sekarang populasi negara ini terdiri dari 39% Indian, 38% Afrikan dan selebihnya campuran dari pelbagai etnik dari pelbagai negara..tak tau plak mana perinya masyarakat pribumi di sini..kebanyakan orang india dan afrika dibawa masuk oleh British untuk dijadikan hamba..negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1962..kesan dari penjajahan itu, bahasa inggeris merupakan bahasa rasmi di negara ini..antara jiran terdekat selain Venezuela ialah Grenada dan Barbados yang masing-masing juga merupakan pulau di Laut Caribbean..
Kebiasannya negara terdiri dari pulau mempunyai tempat yang menarik untuk dikunjungi disebabkan keindahan pantai..begitu juga dengan Trinidad and Tobago yang juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi seperti Pigeon Point dan Parlatuvier Bay yang terletak di Tobago..El Cerro del Aripo (930 meter) pula merupakan kemuncak tertinggi di sini..dari segi ekonomi Trinidad and Tobago adalah negara yang terkaya di rantau Caribbean..ini disumbangkan oleh industri petroleum, pelancongan dan sektor pembuatan..penyatuan penduduk yang menghargai kepelbagaian nilai budaya masing-masing turut menjadi pendorong kepada salah satu tarikan pelancongan di sini seperti perarakan karnival Trinidad and Tobago..
Port of Spain |
Kehilangan sentiasa berlaku dalam hidup kita..dari perkara seremeh kehilangan kupon penjimatan 40% pembelian barang di Mydin atau perkara seberat kehilangan kasih sayang dari insan yang di sayang..sama ada benda atau manusia, kita haruslah hargai semasa masih ada..bukan baru hendak hargai setelah kehilangannya..
p/s: hargai juga masa yang diberi untuk berehat semasa cuti semester..
sebelum bermula semester baharu :P haha
ReplyDeleteha..taw takpe..hu19
ReplyDelete