Setibanya di rumah lepas balik keja jer benda first aku capai mestilah pintu..macam mana nak masuk rumah kalau tak buka pintu..bukan tu maksudkan..bila sampai rumah jer, aku akan menerjah masuk menuju ke dapur untuk memastikan bekalan tenaga mencukupi untuk sel-sel dalam badan aku..nasi, lauk dan air..ye la sampai rumah dekat pukul 12 malam takut makanan dah takde..lepas je melantak, seperti biasa tv sedia untuk tonton...hampir kesemua siaran aku usha..kot-kot ada cerita best malam ni cam Dora the Explorer, Wonder Pet, dan Melodi..tetiba terlihat seekor binatang comel di siaran Net Geo Wild..tajuk die Dancing of the Jinnie..tajuk tak penting tapi binatang yang aku tengok tu setanding dengan kecomelan anjing dan kucing,,naman binatang tu Fennec Fox atau musang gurun..comel tu..kecik je..binatang ni adalah yang terkecil dalam famili canidae (anjing dan serigala)..lagi kecil dari anjing baka Chihuahua..
Fennec fox (musang gurun) |
Tengok gambar kat atas..comelkan..ni kalau aku dapat aku bela..dapat bela 2-3 jam jadilah..sebab aku tak suka bela binatang..binatang liar seharusnya ada kebebasan dan punyai sikap liar..namun masih ada yang membela binatang ini yang di anggap eksotik..musang ini semestinya karnivor..antara benda yang dia makan seperti telur, serangga, burung dan tikus yang menjadi diet seharian mereka..mereka tidak mampu untuk makan makanan seperti makanan anjing, friskis a.k.a makanan kucing atau haiwan bersaiz lebih besar..disebabkan saiznya yang kecil,dia juga kadang kala menjadi mangsa kepada burung hantu helang (eagle owl), jackal dan caracal (kucing gurun)..dari segi anatomi musang gurun mempunyai sepasang telinga bersaiz besar..lebih besar dari kepalanya...punyai ginjal dan bulu yang diadaptasi dengan keadaan panas di gurun..
Anak musang gurun |
Bila nama musang gurun mustahil dia tinggal di lautan mahupun di hutan tropika..musang gurun tinggal di gurun..taburan utama bagi musang gurun adalah di utara Afrika, utara Niger, Semenanjung Sinnai dan Kuwait..namun jumlah nya lebih banyak di Gurun Sahara, utara Afrika..seperti entri sebelum-sebelum ni, Gurun Sahara meliputi beberapa negara beberapa negara termasuk di Chad..kali ini aku ingin bercerita pasal negera Chad yang juga terdapat musang comel ini..
Bendera Chad |
Chad merupakan sebuah negara di utara Afrika yang di kelilingi negara negara seperti Central Africa Republic, Libya, Niger, Nigeria, Cameroon dan Sudan..ibu negara Chad ialah N'Djamena..keluasan nya pula ialah 1 284 000 km2..merupakan negara ke 21 terbesar dan secara perbandingan ia 4 kali ganda saiz Malaysia..jumlah penduduk pula kira-kira 10.3 juta orang (2011)..dari jumlah tersebut lebih separuh (53%) adalah beragama islam dan selebihnya kristian, animisme dan atheist..
Masjid utama di N'Djamena |
Peta Chad |
Secara geografi ia boleh di bahagi kepada 3 kawasan yang berbeza di mana gurun di bahagian utara..Sahelian tandus di tengah dan kawasan sedikit subur, Savanna di kawasan selatan..di sebabkan jarak yang jauh dan iklim berbeza merentas negara ini, Chad juga di gelar jantung mati Afrika..Chad di bahagikan kepada 22 bahagian..antara bandar utama di Chad seperti Bol, N'Djamena, Sarh dan Abeche..satu ketika dahulu, Chad ditadbir oleh France namun mendapat kemerdekaan pada 1960..kesannya Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di samping bahasa Arab..
Chad merupakan antara negara termiskin dan kadar rasuah yang tinggi di dunia..lebih 80% penduduknya dibelenggu kemiskinan..satu penyelidikan dari Fun for Peace mengklasifikasikan Chad sebagai sebuah negara yang gagal ditadbir..terdapat pelarian di negara sendiri dan mendapat bantuan antarabangsa untul membantu rakyat di sana..bagaimana pun petroleum merupakan sumber ekonomi utama di negara ini meliputi 96%..Syarikat Petronas juga melabur billion ringgit di negara ini untuk mencari gali hasil minyak di selatan Chad..tetapi kerajaannya tidak menyalurkan sumber kewangan untuk pembangunan negaranya..mana ntah pergi aku pon tak taw..
Kem pelarian di Chad |
Banyak je binatang-binatang yang comel dekat luar sana yang takde kat tempat kita..kuasa tuhan..kat gurun, gunung, laut, tundra, pantai..macam-macam la..tak dapat tengok kat tempat asal, tengok dekat tv pon jadi la..comel dah comel dah musang gurun ni tapi aku ragu-ragu pulak dengan haiwan ni sebab dia berkait rapat dengan musang dan anjing..bau-bau bacang la gitu..najis di sentuh tu aku tak pasti..sekurang-kurangnya tak salah disentuh berbanding benda yang haram disentuh..
m/s: bela ikan pon mati..ini pulak nak bela musang..
comel gilak. boleh bela ke?
ReplyDeletekesian kot kat negara macam ni. Alhamdulillah, kita dilahirkan di Malaysia :)
ada orang bela..gambar yang 1st tu breed yang orang wat bela..gmbar 2nd gmbar yng liar..
ReplyDelete2 la..byak y susah dkat tmpat lain..bsyukur..