Semalam mungkin ramai yang mengambil keputusan untuk tidak bertarawih atau pulang terawih awal semata-mata untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton antara Dato Lee Chong Wei dengan seteru utama, Lin Dan..aku pula tak dapat menyaksikan secara langsung kerana bekerja..seperti kebanyakkan tahu, perlawanan ini menentukan samada Malaysia dapat memenangi pingat emas buat pertama kali dalam kejohanan sukan paling berprestij, olimpik sejak menyertainya pada olimpik Melbourne 1956..
Dalam perlawanan tersebut DLCW bermula dengan baik pada set pertama dengan kemenangan 21-15 sebelum kalah pada set berikutnya 10-21..pada set penentuan yang berlaku dengan sengit..walaupun berbekalkan dengan kesungguhan, DLCW tewas tipis 19-21 pada permain nombor satu dunia..kemenangan pemain dari China itu menyebabkan bukan saja DLCW kempunan untuk meraih emas olimpik pertama malah turut menyebabkan seluruh rakyat Malaysia terus kempunan untuk menyaksikan pingat emas pertama negara juga kempunan mendengar lagu kebangsaan berkumandang di pentas dunia yang rata-rata sedang disaksikan oleh seluruh dunia..
Jalur Gemilang dinaikkan di Wembley Arena |
Kita tahu DLCW sudah sedaya upaya dengan menampilkan aksi terbaik walaupun gagal mengalahkan Lin Dan..bukan senang untuk rakyat Malaysia untuk tampil ke pentas yang gah ini bersaing dengan jaguh dari negara lain..tapi sekurang-kurangnya beliau dapat menempatkan Malaysia dalam senarai negara yang memperoleh pingat..sehingga ke jam ini Malaysia menduduki tempat ke-49 dari 56 negara yang berjaya mengutip pingat..masih banyak negara belum memperoleh sebarang pingat sambil kejohanan ini masih dijalankan..secara keseluruhan China masih mengungguli kedudukan pingat bersaing rapat dengan U.S.A..apa-apa pon aku berbangga dengan usaha DLCW dan layak digelar wira negara walaupun sekadar mendapat pingat perak..
Dato Lee Chong Wei bersama kalungan perak |
Dalam sepanjang sejarah kejohanan olimpik moden, Malaysia hanya menyertai separuh dari kejohanan yang telah dianjurkan..dan dalam kesemua kejohanan olimpik yang disetai, Malaysia secara keseluruhan berjaya mendapat 3 perak dan 2 gangsa yang kesemuanya disumbang dalam acara baminton sejak menyertai olimpik..Olimpik moden kali pertama telah dianjurkan pada tahun 1896 yang diadakan di Athens Greece..masa tu Malaysia tak wujud lagi..pada olimpik Athens 1896, hanya 14 negara mengambil bahagian berbanding olimpik London 2012 yang hampir semua negara menyertainya kecuali South Sudan yang belum menjadi ahli kesatuan olimpik kerana baru merdeka..Greece diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pertama kerana sejarah olimpik itu sendiri bermula di Greece..
Greece atau nama lainnya Yunani adalah sebahagian dari bekas empayar Yunani Purba yang mahsyur di Eropah..Greece sangat kaya dengan sejarah peradaban disebalik terciptanya sukan olimpik juga dikatakan sebagai asal usul tamadun barat..pada zaman sebelum masihi lagi sukan olimpik purba telah dipertandingkan yang motifnya lebih kepada keagamaan iaitu penghormatan kepada Zeus..namun olimpik purba ini telah lama ditinggalkan setelah penaklukan empayar Rom..sehinggalah pada tahun 1896, buat pertama kalinya olimpik moden pertama dianjurkan di bumi Athens sendiri yang lebih bermotifkan semangat kesukanan..kali ini aku nak bercerita dengan tanah kelahiran olimpik ini, Greece..
Bendera Greece |
Nama rasmi bagi Greece adalah Hellenic Republic yang disebut rakyat tempatan, merupakan sebuah negara di tenggara Eropah..negara ini bersempadan dengan Albania, Macedonia, Bulgaria dan Turkey..juga dikelilingi Laut Mediterranean, Iona dan laut Aegean..ibu negara bagi Greece ialah Athens dengan keluasan 131 990 km2..secara perbandingan ia hampir seluasan gabungan negeri Pahang dan Sabah..negara ini terbentuk dari beberapa gugusan pulau serta tanah besar menjadikan Greece mempunyai garis pantai yang ke-12 paling panjang di dunia..populasi Greece kini mencecah 11.3 juta orang (2010)..
Peta Greece |
Secara ringkas berkaitan dengan sejarah Greece atau nama lainnya Yunani, empayar permulaannya tersebar di sepanjang pesisir pantai Laut Mediterranean sehingga ke negara Spain..juga tersebar hingga ke laut Hitam serta utara Mesir purba pada tahun 800 BC - 400 BC..dan era kemuncak muncul selepas itu sebelum jatuh ke empayar Rom pada 146 BC..lepas tu ditakluk Byzantine sebelum jatuh pula ke kerajaan Uthmanniah..Greece moden yang ada sekarang telah terbentuk pada 1821 setelah berjuang mencapai kemerdekaan dari kerajaan Uthmanniah..walaupun terdapat pelbagai empayar yang menakluki bumi Yunani, bahasa Yunani dan sistem tulisan yunani masih dapat dikekalkan..
Santorini |
Secara geografinya, 80% dari tanah di Greece terdiri dari gunung ganang..Gunung Olympus (2917 m) pula gunung tertinggi di Greece yang terletak di antara sempadan negara dengan Macedonia..Greece juga terdiri dari 6000 pulau di mana 227 daripadanya berpenghuni..Crete merupakan pulau terbesar di Greece..iklim Mediterranean di mana terdiri dari empat musim..disebabkan kekayaan seejarahnya.. kedatangan pelancong ke Greece hampir mencecah 20 juta setahun..antara tempat menarik yang terdapat di Greece seperti bandaraya Athens, Santorini, Attica, Thessaloniki, Poleponis dan Rhodes..peninggalan dari tamdun lama seperti Parthenon dan muzium Byzantine antara daya tarikan di negeri ini..
Parthenon |
Tapi sayangnya Greece kini diisytiharkan muflis akibat kegagalan membayar balik hutang yang melambung serta kemeleston ekonomi di eropah yang menggugat nilai mata wang euro..aku tak tahu sangat kesan yang dihadapi tapi pasti ada suntikan sumber kewangan dari bank dunia bagi menjana semula ekonomi di Greece..krisis ekonomi samapi satu tahap Greece terpaksa menjual pulau yang kaya dengan sejarah bagi menampung semula kewangan di sana..
Bandaraya Athens |
Lepas ni Sukan Olimpik akan diadakan di Brazil 2016..masihkah kita berharap pada DLCW yang semakin berusia pada masa itu untuk menggapai emas pertama negara..tidak pernah pula dengar kemampuan pelapis untuk perseorangan negara dalam acara badminton yang setanding atau menghampiri dengan DLCW ketika ini..persatuan badminton negara harus mencari bakat lain supaya kilauan emas berupaya digenggam oleh rakyat Malaysia suatu hari nanti..sukan lain pun turut perlu menghasilkan bakat-bakat muda yang berkebolehan..Hidup Malaysia..
p/s: kalau sukan squash dipertandingkan di olimpik slumber jer Malaysia menang..
first time tengok badminton nak terkeluar jantung.hahaha.kerja elok elok.t nak duit raya :p
ReplyDeleteow..xdpat tgok mase tu..klo tgok psti lgi kcwa..dah bsar pon nak duet raya ya..hu19
ReplyDelete