Wednesday, 29 August 2012

Kombinasi Makanan Yang Berbahaya

Lepas je balik kerja macam biasa..terus menuju ke dapur mencari hidangan yang boleh disumbat ke dalam perut yang asyik merengek minta diisi..setelah memenuhi permintaan perut, aku berehat dan membersihkan diri..lepas tu aku pon mengonlinekan diri seperti biasa..dalam kekenyangan aku terbaca satu artikel yang mengatakan kalau kita makan dua benda yang berbeza pada waktu yang sama akan memudaratkan diri..contohnya memakan ubat gegat dan peluntur serba guna..gabungan dua bahan ini mampu membuat mulut anda berbuih..maaf..ini bukan benda yang aku maksudkan..

Yang aku maksudkan mestilah makanan yang boleh di makan..apa ya agak-agak bila kita makan dua benda pada masa yang sama dapat memudaratkan kita..contoh yang paling mudah ialah memakan karipap curi beserta dengan air keladi yang juga turut dicuri ..ini akan menyebabkan anda meringkuk di dalam penjara untuk tempoh tertentu..maaf..ini juga bukan benda yang aku maksudkan..

Yang aku maksudkan sebenarnya bila kita makanan dua benda yang berbeza pada waktu yang sama dan akan memudaratkan kesihatan kita secara tak langsung..kita biasa makan ikut sedap tekak je kan..walaupun tekak tidak mempunyai tunas rasa..ada yang mungkin tidak tahu bahawa sesetengah benda kalau dimakan bersama mampu memberi kesan serta merta atau dalam jangka panjang.kat sini aku nak beri tahu serba sedikit tentang kombinasi makanan yang berbahaya..ya, ini benda yang aku maksudkan..

Air kopi + Minuman bertenaga 
Biasanya kalau musim exam..sehari sebelum masuk dewan, student dengan berat hati akan mengqiamullailkan diri bersama nota yang selama ini ditinggalkan begitu sahaja di atas meja..namun nak jawab exam punya pasal terpaksa la stay up malam tu..biasanya air nescafe atau minuman bertenaga seperti red bull antara pilihan untuk dijadikan bahan yang mampu mencerahkan anak mata..namun sekiranya air kopi dan minuman bertenaga di ambil bersama dalam masa 2-3 jam akan menyebabkan rasa gelisah,tidak senang duduk,mual dan muntah..jangan panik..ini bukan tanda anda hamil kali pertama..ini disebabkan oleh sistem tubuh yang menjadi kacau bilau..minum air kosong dan makan sesuatu yang menyihatkan untuk melegakannya..

Limau gedang (Grapefruit) + Pil Tidur
Dah banyak study mesti kena top up balik waktu tito yang hilang..antara cara yang mudah adalah menelan pil tidur sebanyak mungkin..oh..bukan..aku sendiri tak pernah tengok pil tidur apatah lagi memakannya..namun sekiranya makan pil tidur bersama limau gedang..ia akan menyebabkan kita mula loya..cirit birit..pening..keliru atau sembelit..ini kerana jus limau gedang mengandungi bahan kimia yang menyekat enzim penghadaman dan hati,menyebabkan tindak balas metabolisme korang terhadap sesetengah pil tidur menjadi celaru..seeloknya jangan amalkan makan pil tidur..tito je la macam biasa..ho19..

Limau gedang (Grapefruit) + Estrogen
Ow..bila dah cukup tito tetiba pulak esoknya putus haid(bagi yang perempuan)...tetibe je..aku pon tak pasti ini putus yang dah tak sambung-sambung (menopause) atau yang bersambung pada kitar seterusnya..pengambilan pil estrogen (kerana putus haid) mampu membuatkan golongan wanita lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara mengikut satu kajian jika dimakan bersama limau gedang..aku tak pasti la apa teruk sangat limau ni..hakikatnya buah sitrus ni bagus tapi bila bergabung dengan benda lain jadi tak bagus agaknya..orang lelaki aku tak taw plak ada kesan ke tak kalau makan dua benda ni..tapi dah kenapa pulak lelaki nak pi makan pil estrogen tu..

Pil Perancang + Antibiotik tetrasiklina
Lelaki akan terlepas dari simptom kombinasi berbahaya seperti ini..lelaki akan memakan pil perancang sekiranya pil itu mampu merancang pendapatan keluarga, merancang percutian ke luar negara atau merancang untuk lepak bersama kawan..malangnya tiada pil perancang yang mampu berbuat demikian..kajian mendapati tetrasiklina (untuk jangkitan penyakit kelamin pada sistem perkumuhan) mampu menyebabkan pil perancang menjadi kurang berkesan..dari segi fisiologi ia tidak memberi kesan yang buruk..tetapi akan menyebabkan kelahiran yang tak dirancang..tapi benda ni dah ditentukan-Nya..

Udang + Vitamin C
Bila dua makanan ni bergabung akan menyebabkan rusuhan teruk berlaku dalam badan..keracunan arsenik akan berlaku disebabkan tindak balas arsenik yang ada dalam udang tersebut di mana asalnya tidak toksik dan ditukar kepada toksik jika dimakan bersama vitamin C..jika makan udang setelah pengambilan vitamin C akan mengundang padah dan kes yang jarang berlaku mampu menyebabkan kematian..seeloknya udang dimakan bersama kuah sup tomyam atau steambot yang kaw-kaw punya..pergh..dia punya pergi..lidah sahaja yang dapat merasa keenakkannya..
Katakan Tak Nak

Kombinasi memakan burger dan air coke yang dibeli di Mcd serta dibeli oleh seorang kawan tanpa memberitahunya juga mampu mengundah padah dengan menerima berapa das lempangan di muka..mungkin juga..tetapi memang terdapat kombinasi yang berbahaya dan sepatutunya elakkan..ikutkan lagi banyak kombinasi atau gabungan makanan yang mampu menjadi hidangan yang berkhasiat dan lazat seperti..roti dengan jem..teh dengan gula..air susu dengan biskut putar, jilat, celup..nom nom nom..


Bagaimana pula dengan kombinasi atau gabungan dua buah negara asalnya menjadi sebuah negara yang lebih kuat..susah pada asalnya sekiranya dua buah negara yang asyik bertelingkah untuk bergabung..tetapi itu lah yang terjadi kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yang membentuk Vietnam yang ada sekarang..oleh itu elok lah aku bercerita tentang negara yang berkombinasi ini..

Bendera Vietnam

Vietnam adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara..negara yang tidak asing lagi bagi negara kita kerana sama-sama terlibat dalam pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)..lagi pon banyak je orang Vietnam dekat Malaysia ni..Vietnam bersempadan dengan China, Cambodia dan Laos..Vietnam berkeluasan 331,210 km2..303km2 lebih dari dari saiz Malaysia..secara berbanding yang lain Vietnam negara ke-66 terbesar dikuti Malaysia ke-67..ibu negara bagi Vietnam ialah Hanoi..manakala jumlah penduduk pula sekitar 92 juta orang (2011)..

Peta Vietnam
Sebelum tahun 1976, Vietnam terdiri dari dua buah negara yang berbeza fahaman politik,Vietnam Selatan berpusatkan Ho Chi Min dan Vietnam Utara berpusatkan Hanoi..ketika itu Vietnam Selatan berfahaman demokrasi dan disokong oleh Amerika Syarikat..manakala Vietnam Utara berfahaman komunis dan disokong China dan Kesatuan Soviet..Perang Vietnam telah berlaku menyebabkan angka korban mencecah jutaan orang..kejatuhan Saigon ke tangan Vietnam Utara dan pengunduran tentera Amerika Syarikat ke Vietnam menyebabkan negeri yang berfahaman komunis di Vietnam terbentuk semula pada 2 Julai 1976..namun kini fahaman komunis sudah tiada dan ditukarkan kepada sosialis..

Ho Chi Min
Penduduk Vietnam terdiri dari bangsa Kinh sebagai penduduk majoriti dan 54 etnik minoriti yang lain seperti Hmong, Dao, Tay dan Nung..sebahagian besar penduduk Vietnam adalah beragama buddha..ini disebabkan dahulu Vietnam mempunyai hubungan diplomatik dengan empayar china lama dan pengaruh agama tersebar ke Vietnam..namun ada laporan mengatakan 81% penduduk Vietnam tidak percaya akan tuhan..aku pon tak pasti kesahihannya..semestinya bahasa Vietnam adalah bahasa rasmi di negara ini..Ho Chi Min merupakan bandar terbesar di sini diikuti Hanoi dan beberapa banda yang lain seperti Hai Phong, Da Nang dan Chan To..

Penanaman padi di lereng bukit
Ekonomi di Vietnam mula dipacu setelah tamat perang Vietnam dan peralihan sistem politik..dulunya sektor pertanian dalam penanaman padi khususnya menjadi nadi ekonomi..kini tidak lagi dengan sektor pembuatan mula mengambil alih..disebabkan perkembangan ekonomi yang mula meningkat..kadar pengangguran di Vietnam antara yang terendah iaitu sebanyak 2%..dijangkakan pada 2050 ekonomi Vietnam akan melangkaui Singapura dan Norway menurut laporan HSBC dari segi pelancongan memang banyak teman menarik yang menerapkan budaya tempatan dan keindahan landskap semula jadi seperti Tapak Warisan Dunia Hoi An, Nha Trang, dan  Ha Long Bay..

Ha Long Bay

Kombinasi makanan yang menjejaskan sistem tubuh kita mungkin wujud tanpa kita sedari..mungkin akan mempengaruhi dalam jangka masa yang lama atau mewarisi kepada waris seterusnya..jesteru itu..saya sebagai pakar pemakanan kepada diri sendiri ingin menyarankan..makanlah suka mana..asalkan dari sumber yang halal.kombinasi makanan haram dalam darah daging lagi buruk padahnya..

p/s: teringin pula nak makan daging panggang dengan ketam masak lemak..hu19

1 comment: