Akhirnya tamat sudah tempoh aku bekerja sementara masa cuti semester..hari terakhir aku bekerja dilakukan dengan penuh bergaya..masuk kerja lambat dan balik kerja awal..bagaimanapun banyak pengalaman yang dapat aku peroleh sepanjang bekerja..bergelumang dengan sayur, buah, kekacang, seafood, ayam, dan benda-benda lain yang boleh di makan..tak lupa juga melayan karenah customer..hampir dua bulan aku bekerja..ada bekerja masa bulan puasa..bekerja masa hari raya..dan tak lupa juga bekerja semasa merdeka..ya..mungkin aku juga telah merdeka dari anasir kerja sementara..tinggal lagi seminggu untuk memulakan semester baru..tak sabar rasanya nak study semula..uhuk..uhuk..(batuk berlarutan yang seperti dibuat-buat)
Diam tak diam negara kita telah berusia 55 tahun..namun nenek aku lagi tua dari Malaysia..tapi dalam usaha untuk membentuk negara ini, macam-macam perkara terpaksa di tempuhi yang tak ditempuhi nenek aku..dari pengorbanan para perajurit sejak zaman berzaman mahupun rombongan untuk menuntut kemerdekaan..tanggal 31 Ogos 1957 tercipta sebuah negara yang bernama Tanah Melayu diikuti pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan terkeluarnya Singapura dari Malaysia..ah..budak yang nak amik PMR pon tahu semua benda ni..tapi tak salah kalau nak diingatkan semula..dan kini Malaysia adalah antara pengeluar cetak rompak utama dunia..oh silap..Malaysia antara negara membangun yang terus memacu kemajuan walaupun rakyatnya terdiri pelbagai bangsa dan agama..
Dalam sambutan kemerdekaan, rasa cam meriah je tengok bendera dikibarkan di merata-rata tempat..seperti yang terpampang dalam dada akhbar..kat tempat aku, aku tak pasti ada terpasang ke tak bendera-benderani..mungkin mood raya masih menguasai segelintir yang sibuk menyediakan juadah untuk open house..tadi dekat tempat kerja nasib baik ada dimainkan lagu merdeka tahun ni yang bertemakan "Janji Ditepati" yang mungkin menyambut hari merdeka secara tak langsung..walaupun telah diputarkan lebih 10 kali berturut-turut aku masih tak dapat mengikuti liriknya untuk dinyanyikan bersama..aku lebih gemarkan lagu "Jalur Gemilang" kerana sudah sebati dalam kepala otak..nyanyian yang lebih mesra dan riang berbanding sekarang..dan hampir terbawa-bawa ke kamar tidur..
Sekarang adakah semangat kemerdekaan masih tersemat dalam golongan anak muda khususnya..adakah dengan menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" di bilik mandi sudah menandakan kita menjiwai semangat merdeka..dan adakah dengan mengibarkan jalur gemilang yang diedarkan secara percuma oleh pihak tertentu ketika sambutan kemerdekaan juga melambangkan kita sudah berjiwa merdeka..atau pergi ke dataran bersesak-sesak semata-mata untuk melaungkan perkataan merdeka sebanyak tiga kali juga sudah memadai..fikir-fikirkan..teruskan berfikir dan berfikir..
Kibarkanlah Jalur Gemilang tanda kebanggaan terhadap Malaysia |
Bukan apa..tadi aku ada terbaca akhbar tempatan yang memaparkan artikel dari aduan pembaca tentang kekesalan beliau..dekat situ dia beritahu yang dia kesal sebab masih ada orang yang tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia pertama semasa mendengar radio di mana deejay radio bertanyakan soalan kepada pemanggil..ow..kekesalan ini akan hilang sekiranya yang tak tahu itu adalah orang-orang Nepal atau Bangladesh yang bekerja di kilang-kilang, orang kelainan upaya, bayi tak cukup bulan yang masih ditempatkan di inkubator ataupun pesakit Alzheimer..ini kalau anak muda..atau mak bapak orang yang masih waras tidak tahu adalah sangat tidak patut..walaupun ia bukan sebahagian rukun kehidupan..aku pun turut tumpang kesal..sekurang-kurangnya ingatlah mereka yang membuatkan kita dapat hidup di tanah sendiri dengan aman makmur hingga sekarang..
Seperti yang tertulis dalam buku teks sejarah, muzium berkenaan sejarah, kalendar, akhbar tempatan dan sama waktu dengannya, tahun 1957 merupakan tahun Malaysia mendapat kemerdekaan dari British..tahukah korang bahawa pada tahun yang sama terdapat juga negara lain yang berjaya membebaskan diri dari cengkaman penjajah..juga mendapat kemerdekaan dari British..negara yang aku maksudkan ialah Ghana di mana telah mendapat mendapat kemerdekaan tanggal 6 Mac 1957..so..untuk entry kali ni aku nak cerita tentang Ghana..
Bendera Ghana |
Ghana merupakan sebuah negara yang terletak di barat Afrika..mempunyai iklim khatulistiwa yang juga sama seperti Malaysia..ibu negara bagi Ghana adalah Accra..berkeluasan 239, 460 km2..secara perbandingan lebih kurang dengan keluasan dua kali saiz negeri Sarawak..jumlah penduduk pula berjumlah 24 juta orang (2010)..kurang 4 juta berbanding Malaysia secara kasar..Ghana dikelilingi negara seperti Togo, Burkina Faso dan Ivory Coast..bahagian selatan pula menghadap lautan Atlantik..
Peta Ghana |
Ghana telah dikenali dengan gelaran Gold Coast sejak ribuan tahun lagi..nama Ghana diambil sempena Empayar Ghana di mana Ghana merupakan gelaran pemerintah pada zaman berkenaan..Ghana merupakan negara yang paling hampir dengan "pusat" dunia secara geografi berbanding negara-negara lain walaupun "pusat dunia"(0°, 0°) terletak di lautan Atlantik..kalau korang masih ingat longitud dan altitud masa geografi mungkin akan faham apa yang dimaksudkan dengan (0°, 0°)..Kristian merupakan agama majoriti di sini dengan 70% manakala agama islam ke dua terbanayak dengan seramai 15.6%..Terdapat pelbagai etnik yang terdapat di Ghana seperti Ewe sebagai etnik majoriti, Ga-Adangbe, Gurma, Guang, Fulani, Hausa dan lain-lain..walaupun mempunyai pelbagai etnik, hampir kesemua berkulit gelap..
Accra |
Walaupun mempunyai ciri-ciri iklim, terdapat kepelbagaian etnik, tahun merdeka yang sama dan sumber semula jadi yang hampir sama dengan Malaysia..Ghana masih ketinggalan dari segi ekonomi berbanding Malaysia..dengan 25% penduduknya masih menganggur..27% yang hidup mendapat gaji kurang 1.25 dollar sehari..namun dua kali ganda lebih baik dari negara-negara miskin afrika yang lain..ini di bantu oleh sumber emas yang masih banyak dan antara salah satu pengeluar utama emas dunia..di samping itu ghana juga mempunyai sumber petroleum yang banyak..punca kemelut ekonomi juga disumbangkan oleh gejala rasuah yang masih berleluasa..Malaysia pon sama jer..
Tasik Volga |
Ghana mempunyai sebuah tasik iaitu tasik Volga yang menjadi kawasan janaan tenaga hidroeletrik,sumber minuman, pengairan dan perikanan..selain itu terdapat juga landskap alam sekitar yang menarik seperti sepanjang garis pantai terutamnya Pantai Accra..selain itu terdapt juga taman lindungan haiwan seperti Taman Negara Kakum dan Taman Negara Mole..mungkin sedikit sebanyak mempunyai persamaan dari segi geografi dengan Malaysia..Ghana dalam usaha menjadikan negara sebagai satu tempat pelancongan yang menarik untuk dikenali dimata dunia kerana pelancongan di sana merupakan sumber utama mata wang luar negara masuk ke dalam negara..
Tentera Ghana yang berkhidmat untuk mempertahankan negara |
Untung sebenarnya duduk Malaysia ni kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain..tak payah susah-suah nak mengaggur ke apa ke..rasa bersyukur patut ada dalam diri..bukan suruh jadi tentera pon untuk berjuang demi negara..sekurang-kurang ada benda yang harus dilakukan demi negara tercinta..salam kemerdekaan yang ke-55..kepada mereka yang memimpin laksanakan janji anda..hu19
p/s:orang yang melupakan sejarah pasti mendapat gred yang rendah dalam paper Sejarah SPM...hu19
No comments:
Post a Comment