Thursday, 23 August 2012

Bekerja Di Hari Raya

Dalam kemeriahan kita menyambut hari raya aidilfitri..masih ada orang yang sihat tubuh badan dan mampu menyara hidup walaupun serba sederhana terpaksa menyambut raya di tempat kerja..amnya seperti anggota polis..JPJ..bomba..pekerja 7e..pekerja KFC dan pembaca berita..mereka terpaksa berkhidmat untuk masyarakat untuk memastikan keperluan dan keselamatan masyarakat berterusan..macam mana nak beli telur atau garam kalau kedai 7e pon tutup 4 pagi..dan yang engkau pehal nak cari telur dengan garam pukul 4 pagi..terima kasih kepada pekerja 7e yang terus berkhidmat di malam raya di mana kebanyakan kita mungkin sibuk menyediakan rendang..ketupat..lemang..main mercun mahupun menghias rumah..bagaimana pula kalau kita berada di tempat mereka..

Tahun ni kali pertama aku bekerja di hari raya..nice.terasa seperti berkhidmat untuk masyarakat yang ingin menyambut raya..hari raya pertama aku kena kerja..kerja sementara je padahal pon..nasib baik aku kerja syif petang..merasa la jugak merasa suasana di raya di sebelah pagi..bersalam-salam..bermaaf-maafan..takbir raya..pakai baju raya..makan ramai-ramai..tapi tetap rasa best kalau cuti masa beraya..sedara mara tengah berkumpul..aku pulak dok bekerja..tapi dapat gaji lebih la klo ker jamasa raya..off day aku pulak setiap hari isnin dan kebetulan hari raya ke-2 hari isnin..maka bercutilah aku..raya ketiga sampai ke-5 masih bekerja..aku dapat cuti raya pada raya ke-6 hingga raya ke-9..masa tu mood raya mungkin dah slow dah..

Raya 1433 H

Anyway takdelah teruk sangat kerja masa raya..lagi pon dah besar kan..klo semua beraya pon payah gak..mungkin boleh dianggap pengorbanan kecil bekerja waktu raya..oh..tersipu-sipu malu aku..sekurang-kurangnya perlulah berjumpa dengan keluarga sekiranya sudah lama berjauhan..kang tak menyempat berjumpa camne..menyesal tak sudah pula..



Hari raya puasa disambut oleh orang islam serata dunia setelah menamatkan tempoh sebulan menahan apa yang disuruh dari terbit fajar hingga terbenam matahari..di merata tempat pasti terdapat tradisi masing-masing dalam setiap kali menyambut perayaan..adakah tradisi malam tujuh likur atau rumah terbuka juga diadakan di luar sana..kali ini aku nak bercerita tentang sebuah negara yang terletak di benua paling lambat menerima pengaruh islam tetapi mempunyai peratusan penduduk beragama islam tertinggi di benua tersebut..

Bendera Suriname
Suriname adalah sebuah negera yang terletak di utara Amerika Selatan bersempadan dengan French Guinea, Guyana dan Brazil..merupakan negara berkerajaan sendiri..terkecil di Amerika Selatan dengan keluasan 163 821  km2 ..secara perbandingan hampir sama keluasan gabungan negeri Sarawak dan Pahang..kira besar juga la..besar sedikit berbandinf French Guinea yang di bawah sistem pemerintahan France..ibu negara Suriname ialah Paramaribo juga merupakan bandar terbesar di sana..

Peta Suriname
Populasi Suriname hanyalah seramai 560 000 orang (2012)..namun apa yang menarik 15% darinya adalah berketurunan Jawa dari Indonesia..ini disebabkan kedatangan buruh semasa zaman pemerintahan Belanda..majoriti pula adalah mereka yang berasal dari India menyebabkan peratusan puak pribumi di sini adalah kecil iaitu hanya 3.7%..kristian merupakan agama majoriti sebanyak 40.7%..hindu 19.6% dan islam 13.4% ketika bancian dibuat pada 2007..pasti sambutan hari raya di sini juga di pengaruhi dengan pengaruh jawa..ada nasi ambang barangkali..Suriname mendapat kemerdekaan dari Belanda pada tahun 1975..di sini masyarakat di sana tidak menyebut hari raya aidilfitri..tetapi disebut Suikerfeest yang sama maksudnya cuma dari bahasa belanda kerana di sana bahasa belanda adalah bahasa rasmi..

Paramaibo
Negara yang beriklim tropika ini kaya dengan hasil bumi seperti emas, bauksit, bijih besi dan minyak..dari sektor pertanian pula seperti padi, pisang dan udang yang menjadi sumber eksport utama..dari sektor pelancongan pula lebih menumpu kepada alam sekitar..di bahagian selatan terdapat hutan amazon yang juga terletaknya Central Suriname Nature Reserve..selain itu juga terdapat taman negara Brownsberg dan Brokopondo Reservoir..hampir 30% tanah di sana diwartakan sebagai hutan simpan..Suriname juga antara sebilangan kecil negara di dunia yang terdapat masjid bersebelahan dengan synagogue (tempat ibadat orang yahudi)..siap kongsi parkir kereta lagi..yang menunjukkan masyarakat di sana dapat menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada orang lain dan bersikap toleransi walaupun berbeza agama..

Masjid bersebelahan synagogue
Sekarang dah raya ke-5..ak dah start cuti..rasanya dah hujung minggu pertama Syawal sesuai menerjah ke rumah kawan dan rumah cikgu..papepon..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..lupakan pasal kerja buat sementara..

p/s: aku yang dah besar pon masih dapat duit raya..segan nak amik tapi rezeki jangan ditolak..

4 comments:

  1. sem depan leh lah blanja ye dak. orang bekerjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..xlpas nk blnja ni..nk bgi mkn anak is3 lgi..hu19

      Delete
  2. nak duit raya gak...hihihi

    ReplyDelete