Sejak kerja ni..macam-macam buah aku kenal tapi tak pernah rasa..rasa di mulut mungkin sedap..bagaimana pula pula kalau buah rasa di kepala..maksud aku buah yang jatuh dan kena kepala..setakat kena buah rambai mungkin senyum lagi..macam mana pula kena buah kelapa..senyum sehingga ke penghujung nya barangkali..dekat sini aku nak senaraikan 10 buah-buahan terbesar yang terdapat di pasaran tempatan malaysia..
10. Limau Bali (Citrus Maxima)
Ketua segala limau..mudah menandingi saiz limau lain seperti limau nipis, kasturi, lemon...mempunyai rasa yang manis dan kadangkala tawar..kulit bukan main tebal..isi alamak..berat matang biasa di antara 1-2 kg..impak terkena kepala mampu membuatkan kita menyebut adoi dengan kuat
9. Nanas (Ananas comasus)
Kulit dan daun yang mampu membuatkan jari kita luka..juga mampu
membuatkan lidah kita gatal dan tidak hilang kesannya walaupun
digaru..namun nenas adalah buah yang manis dan kaya dengan jus serta
vitamin C..terdapat pelbagai varieti di Malaysia seperti nanas josaphine, sarawak dan morris..berat di antara 1- 2 kg..
8. Durian Belanda. (Anona muricata)
Tidak berasal dari belanda..juga bukan dalam keluarga durian..entah macam mana buah ni dapat nama pon aku tak taw..langsung tiada kaitan rapat dengan durian tetapi mirip kepada buah nona..mungkin rupa luaran yang ada sedikit duri..mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang lembut..mampu mencapai berat 2.5 kg
7. Betik (Carica papaya)
Mempunyai isi bewarna oren kemerahan yang lazat
isinya..kaya dengan serat..terdapat dalam pelbagai bentuk dan
saiz..eksotika dan solo antara varieti betik yang biasa dikomersialkan dalam pasaran
malaysia..setakat ini takde lagi kordial air perisa betik walaupun manis..berat
normal di antara 1-3 kg..
6. Kelapa (Cocos nucifera)
Buah serbaguna yang boleh dijadikan macam-macam
seperti santan, kerisik, kopra, air kelapa dan minyak kelapa..belum
cerita bahagian lain pokok kelapa..penyapu, atap, tabung lah
bagai..berat purata mencapai 1.4-3 kg..disebabkan terletak jauh di atas
pokok yang tinggi mampu membuatkan korang pengsan jika terkena kepala..
5. Tembikai susu (Cucumis melo)
Saudara dekat kepada tembikai..kultivar dari musk melon yang mempunyai pelbagai jenis varieti lain seperti rock melon, sugar melon dan hami melon..buah yang padat dan berongga di tengah..luar dan dalam yang berwarna putih serta mempunyai isi yang manis..mampu mencapai berat 1.8-3.6 kg
4. Durian (Durio zibethinus)
Digelar raja buah..mempunya rasa yang lazat dan berlemak..sesetengah orang berpendapat durian mempunyai bau yang teruk..tapi bagi aku sodap..permukaan kulit yang berduri dan berat matang mampu mencapai 1 - 3.8 kg..impak terkena kepala menyebabkan anda perlu pergi ke klinik dengan kepala berdarah
3. Cempedak (Artocarpus integer)
Salah satu buah feveret aku..mempunyai kaitan rapat dengan nangka..mempunyai isi yang manis dan kadangkala di buat cucur..tapi lagi sedap dimakan begitu sahaja..kurang dikenali masyarakat luar berbanding buah-buah yang aku senaraikan..mempunyai kulit seakan duri tumpul..berat di antara 1.5 - 4 kg
2. Tembikai (Citrullus lanatus)
92% dari buah ini terdiri dari air..terdapat dua jenis warna utama iaitu merah dan kuning..mempunyai kulit yang tebal diluar dan dan isi yang padat di dalam menjadikan buah ini antara buah yang paling berat..nasib baik tumbuh menjalar..kalau tak koma kena kepala kalau jatuh dari atas pokok..berat matang boleh mencapai 3-14 kg..
1. Nangka (Artocarpus heterophyllus)
Merupakan buah pokok berkayu terbesar di dunia..berat matang biasa dari 5-20 kg..ini kena kepala arwah dah ni..orang biasa tak jual sebiji-sebiji..mati nak bawak balik ni..biasa dijual dalam bentuk ulas..dan rasa nya lembut dan manis..namun yang lecehnya buah nangka menghasilkan getah yang sukar untuk dihilangkan..
Apa yang aku cerita hanyalah berat buah yang ada di pasaran Malaysia..diluar negara, dengan kepakaran dan teknologi yang moden membolehkan saiz buah ini berlipat kali ganda..contohnya berat yang pernah direkodkan untuk nangka adalah 34.6 kg di Hawaii..tembikai jenis Carolina Cross mempunyai berat di antara 25-68 kg..rekod tembikai paling besar pula ialah 121kg dari varieti yang sama..berat tanaman yang pernah di hasilkan pula adalah labu manis yang dikatogerikan sebgai buah sayuran..beratnya mencecah 766 kg..lebih berat dari kereta kancil..
Tembikai Carolina Cross |
Mau roboh troli kalau shopping nak beli buah tembikai besar macam ni..kalau labu besar macam ni nampak gaya shopping naik lori la..labu ini dihasilkan di Rhode Island dan dipertunjukkan dalam Topfield Fair di Massachusetts, U.S.A..ala-ala MAHA gitu..
Labu seberat 766 kg |
Buah-buah ini sememangnya berat tetapi pokoknya jenis yang menjalar menyebabkan ia hanya berada di tanah..walaupun buah nangka yang seberat 30 kg berada di atas pokok..hakikatnya ia hanya berada di bahagian bawah batang pokok..tidak mampu menghempap kepala anda..bagaimana pula kalau buah terletak lebih 10 meter di atas pokok dan berat mencapai 30kg..pasti sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya anda berada di bawah pokok tersebut..
Kelapa laut Afrika |
Pernah dengar kelapa laut Afrika..mesti pernah dengar sebab ada jenama ubat batuk cap kelapa laut Afrika..hakikatnya kelapa ini memang ada dan terdapat di Afrika..kelapa laut Afrika atau nama sebenarnya Coco der Mer (Lodoica maldivica) merupakan sebuah pohon palma yang hanya terdapat di dua pulau dari kepulauan Seychelles..iaitu pulau Praslin dan Curieuse..apa yang menakjubkan buah yang dihasilkan mampu mencapai sehingga 15-30 kg..kelapa ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat termasuk menghilangkan kepanasan di badan..ala-ala air cap badak la kot..namun pokok ini merupakan species terancam dan pihak kerajaan Seychelles mengadakan rancangan pemuliharaan bagi mengekalkan keunikan buah ini..kali ni macam biasa aku nak bercerita pasal Pulau Seychelles..
Bendera Seychelles |
Seychelles merupakan sebuah kepulauan di Lautan Hindi dengan jarak 1600 km dari tanah besar Afrika..merupakan negara terkecil di Afrika dengan keluasan 451 km2 yang terdiri dari 115 buah pulau..ia lebih kurang dengan saiz daerah Petaling..ibu negara Seychelles ialah Victoria..jumlah penduduk pula seramai 87 ribu orang (2012)..walaupun bersaiz paling kecil di Afrika..Seychelles merupakan negara yang mempunyai kadar Indeks Pembangunan Manusia paling tinggi di Afrika yang rata-ratanya mempunya kadar yang rendah..
Peta Seychelles |
Seychelles berjiran dengan Madagascar di bahagian selatan..Maldives di bahagian timur..manakala jiran paling dekat adalah Pulau Zanzibar,Tanzania di barat..Seychelles pernah dijajah oleh British sebelum merdeka pada tahun 1976..terdapat tiga bahasa rasmi di sini iaitu bahasa inggeris, perancis dan bahasa termpatan, Seychellois Creole..Seycchelles Creo merupakan etnik majoriti di pulau ini..kristian adalah agama utama di sini dengan 83% dari keselurahan penduduk..
Keindahan pantai di Pulau Mahe, Seychelles |
Ekonomi pulau ini lebih terarah kepada sektor perikanan yang rata-rata penduduknya adalah nelayan..produk ikan salmon dihasilkan samada sejuk beku, segar atau diproses..Seychelles juga menarik bilangan pelancong hadir ke sini dengan keindahan panaroma pulau dan pantai tropika di Afrika yang jauh berlainan dengan keadaan di tanah besar..sumber yang lain terdapat di Seychelles seperti vanilla, kulit kayu manis, garam, kelapa dan besi..
Victoria, Seychelles |
Buah-buahan yang lain tak kurang hebatnya..buah-buahan tempatan sememangnya penuh dengan ciri-ciri tropika..walaupun terdapat tanaman anggur dan strawberi di Malaysia..nanti aku cuba senaraikan buah paling mahal di pasaran Malaysia
p/s: Cuba bayangkan buah mangga besar buah nangka..pergh..terlebih puas makan..hu19..
No comments:
Post a Comment