Perkataan boleh diterjemahkan dalam percakapan dan penulisan..gabungan huruf yang membentuk suku kata tertentu dan menjadi perkataan..perkataan mempunyai maksud tertentu..sejak kecil kadang-kadang aku pernah terfikir apakah perkataan bahasa melayu paling panjang...nak taw perkataan bahasa inggeris paling panjang masa kecik memang tak taw sangat..aku ni lemau sikit bahasa inggeris dulu-dulu..sekarang pon lemau gak rasanya..hu19..takde benda lain ke aku nak pikir..benda remeh macam ni jugak yang aku pikir..abaikan..kat sini aku nak beritahu apa yang aku rasa perkataan terpanjang dalam bahasa melayu..
Kalau mengikut kata dasar, mungkin ini antara perkataan yang panjang
Matrikulasi = 11 huruf
Antarabangsa = 12 huruf
Maharajalela = 12 huruf
Tanggungjawab = 13 huruf
Tanggungjawab mungkin perkataan dasar paling panjang..tetapi dalam tatabahasa, meletakkan imbuhan pada kata dasar membolehkan ia merubah maskud..dan apa pula perkataan dari kata dasar terpanjang sekiranya ditambah imbuhan
Pengantarabangsaan = 18 huruf
Mempertanggungjawabkan = 22 huruf
Dalam pemikiran aku yang bukan lah sehebat ahli-ahli di dewan bahasa dan pustaka..aku mengagak mempertanggungjawabkan adalah perkataan terpanjang dalam bahasa melayu..setelah penelitian tambahan di internet..aku dapati ada perkataan lagi panjang dan itu adalah perkataan terpanjang dalam bahasa melayu..
Menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan = 46 huruf
2 kali ganda lebih panjang dari apa yang aku agak pada mulanya..tapi aku tak taw la perkataan ni ada dalam dalam kamus ke tak..rasanya takde kot..tersasul kalau salah menyebutnya..
Bagaimanapula dalam bahasa inggeris..mesti lagi panjang kan..kat sini aku nak beritahu perkataan terpanjang dalam bahasa inggeris..perkataan terpanjang ini biasa terdapat dalam kebanyakan kamus dan dalam microsoft word..kalau korang taip perkataan ini tiada lain merah di bawahnya yang menunjukkan grammar yang salah..
Pneumonoultramicroscopicsilicovocanokoniosis = 45 huruf
- yang bermaksud radang paru-paru akibat tersedut debu pasir yang halus berhampiran kawasan gunung berapi..kalau tersedut serbuk lada hitam di dapur jiran papan mungkin dia akan jadi Pneumonoultramicroscopicblackpepperinneighbourkitcheniosis..ha19..mengarut aja..ni mau terbelit lidah sebut..
Tapi ini baru sikit..ada lagi panjang..perkataan ini tiada dalam kamus tetapi adalah perkataan terpanjang dalam kesusasteraan dulu-dulu serta diakui guinness book of record 1993..
Lopadotemachoselachogaleokranioleipsanodrimhypotrimmatosilphioparaomelitokatakechymenokichlepikichlepikossyphophattoperisteralektryonoptekephalliokigklopeleiolagoisiraiobaphetraganopterygon = 183 huruf
-yang bermaksud sejenis hidangan yang disebutkan sekali apa yang terkandung dalamnya termasuk ikan, daging, ayam dan sos..perkataan ini disebut oleh Aristophanes semasa membuat persembahan komedi..ni macam mengarut pon ada..aku rasa korang akan mengambil masa lebih seminit untuk menyebut perkataan ini..hu19..
Adakah korang rasa ini perkataan paling panjang..semestinya tidak..perkataan paling panjang yang mempunyai 189, 819 huruf..secara ringkasan nya ia dipanggil "titin"..mengambil masa lebih dari 8 minit untuk menyebutnya walaupun pada tempo yang sangat pantas..aku tak sanggup nak tulis tapi aku bagi link video
Amacam..ada try tak sebut..selepas korang cube menyebutnya, mungkin akan menjadi gagap buat sementara waktu.."titin" merupakan kompleks protien yang paling besar ditemui..apa yang menyebabkan perkataannya terlalu panjang ialah disebut satu persatu susunan 34, 350 amino acid..namun perkataan ini tiada dalam kamus dan dipertikaikan sama ada ini perkataan atau tidak..ini kalau masuk dalam exam biology mau berdarah otak nak hafal..hu19..tapi ingat..ini baru perkataan bahasa inggeris..kot kot dalam bahasa lain ada lagi panjang..tapi aku rasa takde kot..
Nama tempat terpanjang
Bagaimana pula kalau anda pergi ke satu tempat dan ia mempunyai perkataan yang panjang..contohnya di Malaysia..Teluk Panglima Garang..ni je dah 19 huruf..antara nama tempat paling panjang di Malaysia ialah Kampung Simpang Tiga Durian Chondong yang mempunyai 32 huruf..kampung ini terletak di Johor..ini bukan yang terpanjang tapi antara yang terpanjang..jenuh nak tulis surat kalau nama tempat macam ni..macam mana pula dengan nama tempat terpanjang di dunia..
Nama tempat terpanjang di dunia terletak di New Zealand..nama yang diberikan oleh orang Maori kepada sebuah bukit..dan nama tersebut ialah
Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu
= 85 huruf
Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu |
agak-agak macam mana la ye nak sebut berulangkali.contohnya..
"tadi aku pergi bandar Ipoh..dekat Ipoh tadi aku beli mop lantai", kata Ishak sambil menari..
cuba kalau tukar
"tadi aku pergi bukit Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu ...dekat Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu tadi aku saja jala-jalan"..kata Azlan sambil membetulkan kedudukan lidahnya..
Di atas hanya contoh ayat tetapi hampir mustahil digunakan kerana orang Maori di sana tidak berbahasa melayu..Masih ada lagi perkataan terpanjang tetapi bukan dalam bahasa inggeris dan ia adalah nama lain bagi bandar Bangkok iaitu
Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok
Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman
Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit - 167 huruf
Namun nama itu tidak digunakan dalam menyebut kota bangkok oleh orang kebanyakan..takkan nak cakap..I want to go to Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok
Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman
Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit..tak sempat habis cakap orang yang dengar tu dah lari..nama ini diberikan oleh Raja Thailand yang lebih dianggap gelaran untuk kota Bangkok..
Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu, telah diishtiharkan oleh Guinness book of record sebagai nama tempat paling panjang di dunia..kalau anda ada masalah nafas yang pendek..jangan pergi ke sini..takut semput pula jadinya semasa nak sebut..kali ni aku nak cerita tentang tanah yang di diami puak Maori, New Zealand..
Bendera Nerw Zealand |
Peta New Zealand |
Siapa yang tidak kenal New Zealand..tanah yang paling hujung dan bawah yang terdapat di peta bila di lihat secara kasar..di sebabkan kedudukannya yang agak jauh dari tanah besar, New Zealand merupakan salah satu dari tanah yang terakhir dijumpai manusia..New Zealand terbentuk dari dua pulau uama, North Island dan South Island serta terdapat beberapa pulau kecil yang lain..terletak di benua Australasia..antara jiran New Zealand adalah Australia yang terletak 1500 km dari New Zealand..1000 km dari negara Fiji dan Tonga merupakan jiran terdekat..keluasan New Zealand adalah 268,021 km2....secara perbandingan ia 2.1 kali ganda lebih besar dari negeri Sarawak..
Burung Kiwi |
Auckland merupakan bandar paling besar di New Zealand tetapi Wellington adalah ibu negara bagi New Zealand..jumlah penduduk pula adalah seramai 4.5 juta orang (2012)..orang negeri Selangor lagi ramai..penduduk majoriti di sini kebanyakannya adalah berketurunan eropah..masyarakat Maori pula adalah golongan minoriti yang paling ramai di pulau ini..New Zealand mendapat kemerdekaan dari British pada tahun 1853..kerajaan New Zealand juga termasuk Kepulauan Cook dan Niue (berkerajaan sendiri tetapi negara bersekutu), Tokelau dan Wilayah tanggungan Ross..
Oleh kerana sudah terasing sjak 80 juta tahun lalu, New Zealand memiliki pelbagai species tersendiri terutamanya burung seperti burung kiwi dan mamalia kecil..namun kebanyakannya mula pupus sejak manusia mula menginjakkan kaki ke New Zealand..Gunung Cook adalah kemuncak tertinggi di New Zealand dengan ketinggian 3754 meter..disebabkan New Zealand mempunyai garis pantai yang panjang dan jauh dari tempat lain..New Zealand mempunyai sumber laut yang sangat banyak..Kristian merupakan agama majoriti di sini sebanyak 55% diikuti 34% yang tidak beragama..
Wellington |
Milford Sound |
Dari segi ekonomi, New Zealand sememangnya sebuah negara yang maju, makmur dan moden..sektor perkhidmatan merupakan industri terbesar (69%) diikuti sektor pembinaan dan perkilangan (27%)..dan pertanian serta galian (4%)..New Zealand merupakan negara yang terlalu bergantung kepada perdagangan bebas..mudah terdedah terhadap turun naik harga barangan komiditi..New Zealand juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati..dengan keindahan alam semulajadi dan beriklim yang sejuk..pengembaraan Lord Of The Ring juga di sini di mana kita dapat saksikan banyak pemandangan menarik dalam filem tersebut..antara tempat menarik yang dilawati seperti Wellington, Milford Sound, Great Barrier Island, Hawkes Bay dan Lake Taupo..Industri pelancongan menyumbang 15.0 billion pada 2010..
Lake Taupo |
Macam-macam benda dekat dunia boleh diletak dengan perkataan yang panjang..nak letak dekat nama anak pon boleh..tapi kesian dekat budak tu bila dah besar dekat 2 minit tulis nama saje..
p/s: harinidahmulakerjatinggallagiempatharilagiuntukakuhabiskerja..hu19
penipu
ReplyDeleteDari mencari terjemahan ketidak tahu-menahuan ke bahasa inggris dan bagaimana bentuk imbuhan itu masuk akalkah, sampai juga disini, kalau ignorance lebih mengarah ke ketidakpedulian ya kan? So oder so, so ein intrigieren Beitrag, das ist großartig!
ReplyDeleteAku baca sampai habis pun pompuan ni tak habis lagi cakap nama yg 189,000+ huruf tu. ;'D
ReplyDeleteJgn buat hambar plisss
ReplyDelete