Saturday, 25 August 2012

Kad Raya Yang Penuh Makna

Nak diikut hati mahu saja tito memanjang waktu cuti..maklum lah penat bekerja..nanti dah segar baru bole beraya..semalam tidur aku diganggu oleh deruman enjin motorsikal posmen yang menghantar surat..ah..kacau betul posmen ni..hantar lah surat lepas asar ke..ni ada ke hantar dah nak waktu lunch..oh..nampak di sini aku bangun lewat..mana tak nyer lepas subuh baru tito..ini penangan kerja syif petang..kebetulan masih cuti..selamba badak jantan je aku tito di pagi hari..alah, dekat u pon same jugak pegi die..tito lambat..tapi tak boleh gak nak salahkan posmen..dah tugas dia hantar surat..kalau hantar lambat mencarut pulak karang...

Untung ada orang hantarkan..dalam keadaan separa sedar aku menerima surat tersebut..aku dapati di alamat disampul ditulis tangan..pasti surat ini bukan dari pihak PTPTN, bil broadband atau apa-apa kaitan dengan urusan rasmi..aku macam pernah lihat bentuk tulisan ini, otak cuba bertindak balas cuba menaksir siapa empunya tulisan namun aku tidak berdaya untuk membuka kelopak mata lebih lama..orang kata waktu pagi benda paling berat nak dibuka ialah kelopak mata..betul agaknya..selang beberapa ratus minit kemudian aku terjaga dari mimpi..mimpi yang aneh..mimpi juga berkaitan surat..belum sempat menggeliat dan mengemas tempat tito yang jarang dikemas, aku terus mencari surat tersebut untuk mengetahui apa isi kandungannya..adakah surat yang aku terima tadi juga hanya satu mimpi juga..dah macam cerita inception pulak..ha..ada pon..ternyata ini bukan mimpi..

Rasanya mungkin kad raya agaknya dalam sampul ini..nak kata kat jemputan takde pulak kawan aku nak kawen dalam masa terdekat..aku bermonolog dalaman sambil berbaring..jangkaan aku tepat kerana sememang ia adalah kad raya..mana mungkin sampul surat boleh memuatkan buku laporan prestasi sekolah, majalah mingguan wanita,I-pad apatah lagi mesin basuh..ow..dah lama tak dapat kad raya..tahun sebelum-sebelum ni juga ada dapat dari kawan-kawan..tapi jarang la..mungkin budaya kad raya ni sudah ditelan dek zaman..budak-budak sekarang dah malas da nak hantar kad raya..sms je..tak pon fb je..maklumat lebih mudah dicapai dengan adanya teknologi sekarang..

Untuk itu, sepintas lalu aku nak beritahu serba sedikit tentang penyampaian maklumat merentasi masa:

1. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Christopher Columbus
2. Selama 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengetahui tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
3. Selama 1.3 saat untuk manusia menerima kata-kata pertama dari Neil Amstrong semasa ekspidisi ke bulan
4. Dan kurang 1 saat untuk mendengar ulasan berita secara langsung mengenai kejayaan Pandelela Rinong dalam merangkul pingat gangsa sukan Olimpik baru-baru ini..

Lenguh tangan aku menongkat dagu menunggu surat sampai kalau berada di zaman Abraham Lincom..apatah lagi zaman Ratu Isabella..patah agaknya tangan menongkat dagu..sekarang..ha..tak sempat nak tongkat dagu surat dah sampai agaknya..maksud aku surat dalam dalam gadjet-gadjet yang canggih zaman sekarang..boleh reply on the spot lagi..untung jadi orang sekarang..

Pengirim Kad Raya

Hm..kad raya takde la lepas tulis terus sampai ke rumah orang yang di kirim..mungkin mengambil proses selama seminggu untuk di pos secara biasa..ah..panjang pula aku merepek..berbalik pada kad raya yang aku dapat tadi..aku cari dulu nama pengirimnya..ow..sungguh tidak ku sangka pengirimnya adalah dari seorang sahabat yang pernah rapat satu ketika dahulu..isikan kandungan ringkas..tidak melebihi 360 patah perkataan seperti dalam ujian penulisan bahasa melayu SPM..tapi mampu membuatkan aku mengingatkan kenangan yang tertulis selama kurang setahun..kenangan yang selama setahun itu mungkin memerlukan buku setebal ensiklopedia 5 siri untuk menulis secara keseluruhan cerita detailnya..

Ish3..masih kenal akan tulisan ini..dalam senyum aku terus membaca..fikiran mula melayang mengenang saat kami rapat sebagai kawan ketika dahulu..dia seorang yang pandai..personalitinya berbeza dari kebanyakan kawan sejantinannya yang aku kenal..manis senyumnya..juga kadang kala bersifat keanak-anakkan..adakalanya sikapnya membuatkan aku pening..ha19..tapi tak mengapa..bukan semua manusia ada ciri yang sama..semua manusia ada cara dan persekitaran tertentu dalam tempoh dibesarkan membuatkan kita berbeza personaliti..yang penting semua hati manusia mempunyai satu persamaan iaitu sentiasa mahu memperbaiki diri kearah kebaikan..

Dalam perhubungan adakalanya ada benda yang tak dapat dielakkan..atas sesuatu tindakan yang mungkin bersifat pentingkan diri menyebabkan kami sudah tidak rapat..tindakan yang bersifat terlalu mendadak..aku penyebab kepada tindakan itu..walhal tidak ada perselisihan apatah lagi pergaduhan sebelum itu..ibarat seperti tiba-tiba ada halaman tidak bercetak di pertengahan sebuah novel pengembaraan yang sedang rancak di baca..dan ruang kosong itu hampir berlanjutan hingga ke muka surat akhir..di akhir-akhir muka surat pula terdapat tulisan yang kabur pula untuk di baca..aku pernah menyatakan kepadanya untuk mencapai sesuatu kita mungkin terpaksa melepaskan sesuatu..dan aku terpaksa melepaskan kawan seperti dia..

Angka di kalendar bertukar bersilih ganti..hari terus berganti hari..baju berganti baju..masa terus berlari pantas..kini sudah 4 tahun berlalu..kawan aku itu kini masih belajar di tempat yang sama dengan aku..seperti sebelum ini..dalam aku sibuk membuat hal sendiri, adakalanya takdir mempertemukan kami sekali sekala walaupun hanya berselisih..namun lidah seperti baru membuat rawatan ulser yang kronik...kelu dalam berkata-kata..dan dalam tempoh itu juga sedikit sebanyak aku mengandaikan dia sudah punyai hidup yang gembira sekarang..bersama sahabat-sahabatnya..atau sahabat istimewanya..adakalanya aku seperti ada rasa kehilangan..walaupun sekadar kawan..aku tak mengharap masa diundurkan semula..hidup perlu diteruskan..aku punyai kehidupan sendiri...begitu juga dia..walaupun adakalanya mahu bertegur sapa seperti kawan sedia kala..

Yang sebenarnya tiada apa-apa yang istimewa tentang kami..hanya berkawan..tetapi rapat..bukan kah berkawan itu juga sudah menjadi sesuatu yang istimewa dalam kelangsungan hidup manusia..dan masihkah menjadi sesuatu yang istimewa apabila kawan tiba-tiba menghilang..perkara yang dah berlaku biarkan berlaku..kini aku menunggu dalam tahun ke-5 perkenalan seperti apa dinyatakan dalam kad tersebut..harap ada sesuatu yang baik berlaku sebelum segala-galanya berakhir..kulit akhir sebuah novel sepatutnya masih dapat menggambarkan sinopsis sebuah cerita yang dapat memberikan sebuah gambaran jalan cerita walaupun bukan secara keseluruhan dan hilang cerita di bahagian tengah..

Apa yang diceritakan di atas adalah kisah benar aku masa lalu..cuma ditambah unsur personafikasi dan leretan ayat supaya lebih panjang untuk dibaca..maklumlah tengah cuti..hu19..kalau dah balik kerja dah payah pulak nak mengarut dalam blog.nak tengok tv lagi..apa-apa pun kad yang sebagai tanda diri seseorang perlu disimpan..mana ntah kad raya aku sebelum ni aku pon tak taw..dah jadi bahan origami oleh adik aku agaknya..

Hanya yang mengerti dapat memahami apa yang aku sampaikan..dan tahu siapa orang nya..ada sesuatu yang tersirat di sini..hu19..sempena hari raya yang masih ada ini aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin secara penulisan blog kepada kamu..mungkin satu hari nanti akan terbaca..nak hantar kad raya sekarang ntah bila sampai..hu19..


Dalam mood raya yang ada sekarang aku masih nak mencerita kan negara islam yang kebanyakan orangnya menyambut raya..entri sebelum ni aku bercerita di benua Amerika Selatan..kali ini aku nak ke Eropah pula..menceitakan negara paling banyak orang islam per jumlah penduduk di Eropah..bila cakap pasal Islam di eropah pasti ramai yang mengatakan Turkey adalah negara eropah yang punyai jumlah penduduk ramai islam..namun secara geografi Turkey berada di asia walaupun menyertai persatuan bola sepak eropah (UEFA)..tak pon bercakap pasal Bosnia and Herzegovina..namun hanya 45% penduduk di sana adalah islam..pernahkah anda mendengar negara Albania..

Bendera Abania
Peta Abania
Albania merupakan sebuah negara yang mempunyai peratusan penduduk islam paling tinggi di Eropah..lebih 70% penduduk di negara itu beragama islam..dekat Malaysia pon baru lingkungan 60%..Albania adalah sebuah negara terletak di timur Eropah bersebelahan dengan Montenegro dan Serbia di utara..Greece di selatan dan Macedonia di timur..di bahagian barat pula terletak laut Adriatik..ibu negara Albania ialah Tirana..berkeluasan 28 748 km2..secara perbandingan lebih kurang saiz gabungan negara Johor dan Selangor..jumlah penduduk pula adalah seramai 3 juta orang (2011)..

Pengaruh islam kuat di sini disebabkan kesan peninggalan empayar Ottoman selama 537 tahun yang jatuh pada tahun 1912 sebelum ditawan oleh Italy diikuti dengan Germany..namun Albania meletakkan hari kemerdekan semasa berjaya melepaskan diri dari cengkaman empayar Ottoman..Albania mempunya bahasa tersendiri iaitu bahasa Albania yang digunakan lebih 6 juta rakyat Albania..Hari Raya Aidil Fitri di sana disebut Bajram..mungkin ada tradisi memberi kad raya di sana sempena hari raya..mana tahu..

Tirana
Walaubagaimanapun Albania merupakan antara negara termiskin di Eropah. mengikut standard Eropah..senang cakap tak miskin sebenarnya..standard Eropah memang jauh lebih tinggi samada di Afrika atau Asia..Albania mempunyai potensi ekonomi yang berkembang pesat mengikut International Monetary Fund di Eropah..ini disebabkan negara besar di eropah sedang mengalamai kemerosotan ekonomi seperti Germany..pertanian masih menjadi sumber ekonomi yang penting seperti penghasilan tembakau,zaitun, buah tin, gandum dan jagung..Albania mempunyai 12 negeri antaranya Tirana, Elbasan, Korce, Berat dan Fier..

Pertanian di Albania

Ha..kad raya, kueh raya, duit raya semua dah ada..lengkaplah agaknya raya kali ini walaupun bekerja..lepas ni mungkin tebalik pulak..ada dapat kad jemputan, nasi minyak dengan salam kaut pulak untuk hari akan datang..mana tahu..lepas menerima apa salahnya memberi..hu19

p/s: Terima kasih bagi kad raya

1 comment:

  1. Harum Subur Dihati - kamu suruh aku ingat kamu kalau dengar lagu ni :')

    ReplyDelete