Monday, 16 July 2012

Aku, Epal dan Kerja


Sebelum bekerja

1. Epal Merah
2. Epal Merah
3. Epal Merah
4. Epal Merah
5. Epal Hijau

Selepas bekerja

1. Epal Red Delicious
2. Epal Adams Pearmain
3. Epal Fuji
4. Epal Royal Gala
5. Epal Granny Smith

Ha..kerja apakah yang buat masa cuti sem ni sampai aku boleh kenal jenis-jenis buah epal..adakah pemetik buah epal di ladang..penjual buah epal..bekerja di syarikat Steve Job atau apa-apa sahaja berkaitan dengan epal..

Sebenarnya aku kerja di sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia sebagai Associate di department buah-buahan dan sayur-sayurn jer..kerja aku kena susun-susun barang..timbang..kemas..tolong pelanggan..penat jugak lah kerja ni..macam-macam sayur dan buah yang aku tak pernah nampak aku kenal..macam kailan, kuchai, cekor, kacang avara dan lain-lain..sampai naik hafal nama epal dan sayur-sayur yang lain di mana jauh lebih senang dari menghafal rumus di kelas..mana ada kerja yang senang..tapi kerja ini agak memenatkan pada mulanya..lama-lama enjoy gak..paling-paling terisi masa cuti sem aku dengan kerja sementara ni..

Dekat Malaysia memang banyak peluang pekerjaan ditawarkan sehingga banyak tenaga buruh dari luar terpaksa digunakan..ini menyebabkan ramai rakyat dari negara seperti Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Myanmar membanjiri negara kita dengan dianggarkan melebihi 2 juta orang..namun pekerjaan buruh dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan mana ada anak tempatan nak sangat kerja macam ni..yang memperuntukkan kerja lebih masa dan kudrat yang banyak..lebih-lebih lagi lepasan ijazah..takkan belajar tinggi-tinggi nak kerja macam ni kan..ini menyebabkan pekerjaan ini didominasi pekerja luar..tapi ada je pekerjaan lain yang bersepah..pandai-pandai la cari..




Nilai mata wang yang digunakan pada inflasi  (2009)
Bagaimana pula dengan negara yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi..belajar tinggi mana pon pekerjaan tak muncul-muncul..Zimbabwe merupakan sebuah negara yang pernah mengalami kadar pengangguran antara yang tertinggi di dunia iaitu 70%-90% ketika krisis ekonomi yang melanda pada 2003-2009..ini akibat berlakunya hyperinflasi di zimbabwe ketika itu dan menyebabkan nilai mata wangnya merudum jatuh..Pada tahun 2008 Zimbabwe pernah mengalami inflasi tertinggi di dunia sebanyak 2.2 juta peratus..kini dengan pemerintahan terkini, ekonomi cuba dipulihkan secara tak langsung juga mengurangkan kadar pengangguran di negaranya sekaligus membolehkan rakyatnya mempunyai pekerjaan..

Bendera Zimbabwe
Peta Zimbabwe
Zimbabwe merupakan sebuah negara di selatan Afrika yang dikelilingi negara seperti Zambia, Mozambique, Namibia dan Botswana..ibu negara Zimbabwe ialah Harare dan berkeluasan 390 757 km2.. dahulu Zimbabwe juga dikenali sebagai Rhodesia semasa penjajahan British sebelum mencapai kemerdekaan pada 1965.. jumlah penduduk pula dianggarkan 12.5 juta (2011) orang..penduduk di sana menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dan dua bahasa yang lain seperti Bahasa Shona dan Bahasa Ndebele..

Secara geografi Zimbabwe terletak di tanah tinggi antara Sungai Zambezi dan Limpopo..Zambia tidak mempunya garis pantai dan terletak 300 meter dari aras laut menyebabkan ia memilik cuaca tidak seterik negara Afrika yang lain..Zimbabwe juga kaya dengan hasil bumi seperti arang batu, emas, nikel, tembaga dan platinum..ia juga kaya dengan produk pertanian seperti jagung, tembakau, gandum dan kopi..aku tak pasti ada epal ditanam secara komersial ke tidak di Zimbabwe..

Harare
Sedar tak sedar dah 2 minggu aku bekerja..kalau dah tahu penat bekerja macam mana..mesti lepas ni semangat nak belajar betul-betul..konon nyer lah..ha19

p/s: lepas ni rasa bekerja pada waktu bulan puasa buat kali pertama..



2 comments: